icon-search
icon-search

Business Pitching - Usahawan Segamat, Tangkak dan Muar

Business Pitching - Usahawan Segamat, Tangkak dan Muar

Makan Dalam

Semalam saya berada di Segamat, Johor mengendalikan Kursus ‘Business Pitching’ kepada 60 orang usahawan dari Segamat, Tangkak dan Muar yang mendapat tajaan Kerajaan Negeri Johor. 
Sesi perkongsian ilmu, tips dan tricks saya selang selikan dengan cerita pengalaman sebenar disebalik pencapaian saya serta perit jerih saya selama 30 tahun bergelar usahawan.
Dah macam mak-mak memberi amanat kepada anak-anak. Selesai program saya terima 60 pucuk surat buat Coach Hjh Roszie Amir.

Ada yang kata…
1. Sayu dengar pekataan Coach. Pesanan Coach makan dalam.
2. Ada yang nangis sebab rasa down sangat dalam bisnes dan dah nak give up. Lepas kelas bersemangat balik.
3. Ada yang kata perkataan dan penyampaian istilah JIHAD menusuk jantung.
Ada banyak lagi…. Tak terluah. Saya nangis baca 60 surat penuh emosi. Allah sahaja yang tahu. 

Ya Allah! berilah kemudahan urusan, ilham dan kejayaan kepada semua usahawan bimbinganku. Jadikan mereka mukmin yang kaya raya di dunia dan akhirat. 

Terima kasih Ya Allah. 
Semua ini menjadikan aku lebih bersyukur kepadaMu.
Alhamdulillah atas kasih sayang ini.


Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping